Wednesday, February 25, 2015

WAJIB ASING SAMPAH DI RUMAH?

Pembudayaan kebersihan perlu bermula dalam diri setiap individu dengan membudayakan amalan kitar semula dan menguruskan sampah secara bertanggungjawab dengan mengasingkan sampah dari rumah.



Kerajaan telah menetapkan pengasingan sampah isi rumah secara mandatori mulai SEPTEMBER ini.

Peraturan ini akan dikuat kuasakan secara berperingkat dan kutipan sampah yang telah diasingkan akan dibuat mengikut jadual yang di tetapkan. 

Peraturan ini akan dilaksanakan sepenuhnya di sembilan (9) negeri yang menggunapakai Akta 672 iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis dan Kedah.

Perlaksanaan peraturan baru ini adalah satu langkah untuk mengurangkan sampah yang kita hasilkan ini di hantar ke tapak pelupusan yang semakin meruncing menggunung tinggi ketika ini disamping dapat meningkatkan lagi aktiviti 3R -Reduce, Reuse, Recycle.

Ayuh semua bersama-sama kita mengamalkan budaya kebersihan.
LIHATLAH DENGAN MATA HATI

No comments:

Post a Comment