Thursday, March 12, 2015
Wednesday, February 25, 2015
WAJIB ASING SAMPAH DI RUMAH?
Pembudayaan kebersihan perlu bermula dalam diri setiap individu dengan membudayakan amalan kitar semula dan menguruskan sampah secara bertanggungjawab dengan mengasingkan sampah dari rumah.
Peraturan ini akan dikuat kuasakan secara berperingkat dan kutipan sampah yang telah diasingkan akan dibuat mengikut jadual yang di tetapkan.
Peraturan ini akan dilaksanakan sepenuhnya di sembilan (9) negeri yang menggunapakai Akta 672 iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis dan Kedah.
Perlaksanaan peraturan baru ini adalah satu langkah untuk mengurangkan sampah yang kita hasilkan ini di hantar ke tapak pelupusan yang semakin meruncing menggunung tinggi ketika ini disamping dapat meningkatkan lagi aktiviti 3R -Reduce, Reuse, Recycle.
Ayuh semua bersama-sama kita mengamalkan budaya kebersihan.
LIHATLAH DENGAN MATA HATI
Thursday, January 29, 2015
2 Gambar Terkini Yang Pasti Mengejutkan Ramai Rakyat Malaysia.
Pelancaran penjenamaan semula Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) kepada Solid Waste Corporation (SWCorp). Penjenamaan semula PPSPPA kepada SWCorp dibuat berdasarkan kejayaan agensi ini menonjolkan peranannya dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.
Penjenamaan semula PPSPPA juga dibuat bagi memudahkan hasrat menjadikan organisasi ini lebih dekat di hati masyarakat, mudah disebut dan sebagai langkah proaktif untuk memperhebatkan peranannya di persada antarabangsa.
Follow & like FB: Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam
Ketahui di http://www.swcorp.my
"SWCorp towards a clean nation”
Wednesday, January 28, 2015
Sukarelawan Mata Hati Malaysia
Pendaftaran Keahlian Sukarelawan Mata Hati Malaysia!!! Marilah sama-sama bangunkan negara Malaysia yang Bersih, Sihat dan Selamat. Toward Clean Malaysia. Like page Mata Hati Malaysia sekarang!! Sebarang pertanyaan bolehlah terus hubungi kami di Facebook.
Tuesday, January 20, 2015
Program Recover Mata Hati
PMHM mengambil inisiatif untuk melaksanakan Program
Recover Mata Hati bagi memberi tumpuan kepada lokasi melalui khidmat nasihat dan
kepakaran dari segi pengetahuan berhubung dengan langkah untuk
menggunakan barangan elektrik yang terjejas akibat banjir dan cara untuk
mengaktifkan bekalan eletrik dirumah dengan cara yang selamat.
PMHM sedang mengumpulkan barangan elektrik rumah terpakai/baru untuk
didermakan kepada mangsa-mangsa terjejas banjir melalui Program
Recover ini. Marilah sama-sama membantu mereka meneruskan kehidupan baru
selepas musibah ini. Sebarang maklumat lanjut bolehlah hubungi pihak
kami.
Coretan Peribadi PMHM
Salam sejahtera warga Malaysia...
Alhamdulillah, dengan terhasilnya blog Mata Hati Malaysia maka diharapkan bakal menyatukan seluruh mata hati warga Malaysia dari seluruh tanah air. Persatuan Mata Hati Malaysia (PMHM) diperkenalkan bagi mengfokus kepada kerjasama, keprihatinan dan semangat patriotik warga Malaysia dalam menzahirkan rasa cinta dan sayang kepada negara dalam aspek berteraskan kebersihan, kehijauan dan keselamatan alam sekitar. PMHM ini yang telah ditubuhkan melalui Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) pada 20 November 2014 bertujuan untuk
melaksanakan program sukarelawan bagi menjelaskan konsep mata hati dalam
melihat semua kejadian dan peristiwa dengan hati yang insaf serta penuh
kesedaran khususnya tentang kegiatan manusia yang boleh menyebabkan
bencana. Tidakkah anda sedar bahawa setiap perlakuan kita seharian banyak menyentuh soal persekitaran disekeliling kita. Samada di rumah, pejabat, sekolah, tempat awam mahupun di mana jua kita berada. Ungkapan 'mata hati' menyimpan satu identiti tentang diri kita terhadap apa yang kita lakukan. Segalanya memerlukan penilaian mata hati yang lahir dari hati dan bukannya sekadar penilaian luaran kaca mata kita sahaja. Nilailah sesuatu itu dengan harapan bahawa ia akan memberi sesuatu makna berharga kepada kita pada masa kini dan akan datang. Ibaratnya melihat alam sekitar hijau dan bersih di Malaysia yang semakin hari semakin hilang sinar jika kita tidak bersama-sama menjaganya. Marilah sama-sama menjalinkan hubungan erat bersama PMHM dalam menyebar luas identiti kebersihan di Malaysia.
Subscribe to:
Posts (Atom)